5 Kebaikan & Keburukan Selepas 3 Hari Bermain Pokemon GO
Share
Terima kasih kepada saudara Zuan Ishmael kerana sudi menulis dan berkongsi kisah pengalaman beliau bermain game Pokemon GO di Clickuz.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi sudut pandang berbeza tentang permainan mobile yang menjadi fenomena seluruh dunia ini.
=====
Kalau korang perasan, monster-monster Pokemon aku semuanya low level.
Aku main bukan sebab minat tapi sebab nak research tengok apa yg diperkatakan bahayanya game ni.
Benda ni yang aku belajar setakat ni daripada game Pokemon GO.
KEBAIKAN
1. Explore Kawasan Baru!
Aku dah kerja kat Publika ni sejak 2014.
Tapi sejak main game Pokemon, game ni bawa aku tawaf keseluruhan tempat, baru aku perasan ada banyak tempat-tampat menarik dan best-best kat sini.
2. Temui Kawan-Kawan Baru!
Sejak semalam aku berkenalan dan berkawan dengan pelbagai jenis bangsa tak kira peringkat umur.
3. Bersenam!
Senaman? Ya, aku biasa jogging 2 atau 3 hari sekali tapi sekarang ni dah macam tiap-tiap hari sebab nak hunting creature.
Tu belum campur jalan kaki bertawaf-tawafan lagik.
4. Mob Spawn
Watak-watak Pokemon Spawn tak kira masa.
Jadi kalau korang pergi solat dulu dan sambung kemudian (kalau takde kerja), Mob akan Spawn balik.
Sama untuk Mob-mob yang rare.
Jadi, waktu solat dan kerja tak terganggu.
Kadang-kadang keluar masjid je Mob Spawn kat area berdekatan.
4. Aktiviti Riadah
Aktiviti ni boleh dijadikan sebagai aktiviti riadah yg cukup baik terutama dengan keluarga dan kawan-kawan sebab apps ni fun selagi tak terlalu taksub dan berlebih-lebihan sampai tak nak balik rumah dan sebagainya.
KEBURUKAN
1. Masalah GPS
Sistem GPS buat hal!!!
Kadang-kadang akan benefit tapi biasanya sangat-sangat menyakitkan hati!
2. Masalah Compatibility
Tak compatible dengan semua jenis fon.
Ada sesetengah fon yang tak boleh install game ni.
3. Masalah Stability
Ada sesetengah fon yang boleh install game ni tapi selalu hang pulak…arghhh!
Kadang-kadang baru je korang nak tangkap mob, pufff…sistem hang…melepas!
4. Masalah Kelajuan
Apps ni running dengan lebih mudah kalau cuma buka satu apps pada satu masa.
Kalau run lebih daripada satu apps masa korang main Pokemon GO ni…jadi siput la gameplay korang.
5. Kuat Makan Bateri
Mentekedarah bateri kuat wooo!!!
=====
Setakat ni tu je la kot.
Lagi satu, game ni tak sesuai untuk kanak-kanak yang masih bersekolah rendah.
Mak bapak jangan kasi anak-anak korang main game ni.
Budak sekolah menengah pon tak digalakkan sebab takut nanti jadi tak study pulak.