[Ulasan] Sony Xperia Z5 Premium: Fon Paparan 4K Pertama Di Dunia
Share
Inilah ulasan ringkas Sony Xperia Z5 Premium review dibawakan oleh Clickuz.
=====
Sony Xperia kali ini diperkemaskan dengan keluaran terbaru yang diperkatakan ramai iaitu Sony Xperia Z5 Premium.
Meskipun sekali pandang ianya nampak hampir sama dengan Xperia Z3+/Z4 tetapi sebenarnya ianya sungguh banyak berbeza malahan mempunyai beberapa features baru yang sangat menggoda.
Di antara kelebihan utama yang “dijual” oleh Sony adalah Sony Xperia Z5 Premium yang merupakan smartphone pertama di dunia yang mempunyai paparan 4K.
Apa Itu Paparan 4k?
Paparan 4K bermaksud resolution skrin yang lebih tinggi dan kiraan pixel per inch (ppi) yang lebih banyak.
Ini bermakna skrinnya mampu memaparkan kualiti gambar ataupun video pada paparan lebih tinggi dari biasa dan tak masuk akal.
Bayangkan seperti menonton TV 4K pada saiz sebuah telefon.
Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap saiz skrin 4K yang agak kurang perlu, tetapi suka atau tidak inilah hala tuju teknologi skrin smartphone pada masa akan datang.
Bila bercakap mengenai skrin dengan resolusi yang tinggi, sedikit sebanyak ianya bakal menyebabkan bateri cepat habis.
Menyedari perkara ini, pihak Sony bijak mengawal paparan pada Sony Xperia Z5 Premium dengan menayangkan resolusi 4K pada masa memerlukan saja seperti ketika menonton video 4K ataupun gambar 4K.
Pada masa biasa, ianya akan menggunakan resolusi Full HD seperti yang terdapat pada Sony Xperia Z4.
Imbasan Cap Jari
Ciri kedua yang amat saya nanti-nantikan adalah sistem imbasan jari seperti yang terdapat pada telefon iPhone dan Samsung.
Kedudukan pengimbas jari ini diletak pada lokasi yang sama dengan power button dan ianya kelihatan begitu bersesuaian dan mudah digunakan.
Terdapat beberapa review yang memaklumkan sistem imbasan jari ini lebih baik dari yang terdapat di telefon lain.
Kamera
Kamera pada Sony Xperia Z5 juga sudah dinaik taraf kepada 23 MP dan memperlihatkan keupayaan untuk Zoom Technology dengan mengekalkan kualiti imej walaupun di zoom sejauh 5 kali.
Selain itu, apa yang menjadikan Sony Xperia Z5 “menang” jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note 5 ataupun Samsung Galaxy S6 Edge adalah slot kad SD yang masih dikekalkan.
Walaupun features ini nampak remeh, tapi masih ramai pengguna smartphone yang masih menggunakan ekstra kad SD.
Perbandingan
Perbezaan diantara Sony Xperia Z5 dan Sony Xperia Z5 Premium adalah pada resolusi 4K nya.
Sony Xperia Z5 Premium sahaja yang mempunyai teknologi skrin 4K dan mempunyai beberapa perbezaan pilihan warna.
Beberapa warna baru diperkenalkan termasuklah features cermin pada belakang telefon ini.
Berikut adalah beberapa contoh gambar yang diambil dengan Sony Xperia Z5.
Spesifikasi
Dimensions: 154.4 x 75.8 x 7.8 mm
Weight: 180g
Screen size: 5.5 inches (~70.4% screen-to-body ratio)
Screen Resolution: 2160 x 3840 pixels
Pixels Per Inch (PPI): 806
Processor: Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810
RAM: 3GB
On-board Memory: 32GB (microSD, up to 200 GB)
Camera: 23MP (rear), 5.1MP (front-facing)
Operating system: Android 5.1.1
3G / 4G LTE: Yes / Yes
Bluetooth / NFC: Yes / Yes
Battery capacity: 3,430 mAh
=====
Artikel ini diambil daripada laman blog MohdZarin.com dengan keizinan penulis asal.
Follow us
Join Followers Join Followers Join Followers