[Ulasan] iPhone6S – Kembalinya Raja Segala Smartphone
Share
Inilah ulasan ringkas iPhone 6s and iPhone 6s Plus review dibawakan oleh Clickuz.
=====
“My precious… my precious… Gollum gollum” (batuk…batuk).
Fon yang dinanti-nantikan tersebut mempunyai reka bentuk yang sama dengan model sebelumnya.
Jom kita lihat adakah harganya yang berharga RM3k ke atas itu berbaloi. Gollum gollum…
Sebab Utama
Mengapa saya menggelarkan iPhone 6S dan 6S Plus sebagai Raja Smartphone?
Realitinya tiada fon yang memberi impak yang begitu hebat kepada si pemakainya sama seperti iPhone.
Ia sentiasa menjadi material yang sering menjadi pujaan sehinggakan ada sesetengah orang sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal untuk mendapatkan iPhone.
Sama seperti “kuasa” pada cincin dalam filem Lord of the Ring.
Yang mana setiap pengguna iPhone mempunyai sebab tersendiri kenapa mereka begitu memujanya (sama seperti Cincin Kuasa yang memberi kuasa unik kepada pemakainya) namun tiada yang dapat menjelaskan apakah yang istimewanya iPhone model terkini dengan model sebelumnya.
iPhone 6S + iPhone 6S Plus
Apabila kedua-dua fon ini berada di tangan saya, secara automatik perasaan saya menjadi begitu teruja untuk menantikan pengalaman indah daripada fon yang paling mahal di pasaran setakat ini.
Saya berpeluang menguji iPhone 6S berwarna Emas Merah Jambu (Rose Gold) and 6S Plus berwarna Emas.
Perasaan saya apabila membuka kotaknya pun seperti mengimbau kenangan cinta pertama saya.
Hati kecil saya berkata, “Saya nak, saya nak, saya nak”. Haha.
Setelah mengaktifkannya, paparan skrin sememangnya cantik dipandang disebabkan skrin AMOLED, warnanya sangat menyerlah.
Skrinnya cukup terang, sedap mata memandang.
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Mimpi ngeri saya bermula
Setelah mencuba banyak kali, saya gagal untuk meng”install” apa-apa aplikasi pada iPhone ini walaupun saya telah log masuk ke Apple ID pada kedua-dua fon.
Masih tidak menjadi walaupun iOS dikemaskini ke 9.0.2.
Saya cuba mencari solusi daripada Google tetapi malangnya tiada satu tips pun yang berjaya 🙁
Jadi, saya membuat keputusan untuk membuat “Factory Reset”.
Saya terpaksa menghubungkan ke iTunes, muat turun semua files firmware iOS yang asal dan baru boleh Reset. Adoi…
Setelah memuat turun file yang bersaiz 2.2GB dan mengikuti segala langkah-langkah wizard, saya berjaya membuat “Factory Reset”.
Akhirnya…!
Kemudian, saya terpaksan melakukan perkara yang sama kepada 6S Plus dengan memuat turun file yang bersaiz 2.2GB.
Setelah selesai Factory Reset, semunya berjalan lancar.
Menggunakan iPhone negitu laju, cepat dan mudah!
Cepat-cepat saya memuat turun Games dan aplikasi Benchmark untuk meneliti tahap performance fon ini.
Apabila saya mula mengambil gambar di luar, saya tak faham kenapa ramai orang memandang kepada iPhone saya (berbanding diri saya yang kacak ini :P).
Ya, ianya seperti tarikan magnet terutama warna Rose Gold.
Biasanya pengguna iPhone sebelum ini tidak kisah terhadap spesifikasinya apabila model baru dilancarkan saban tahun.
Apa yang penting bagi mereka adalah rekabentuk, simiplicity, kamera, kepelbagaian aplikasi dan jenama Apple itu sendiri yang menjadi pilihan utama.
Tetapi mereka mula memandang kepada spesifikasi sejak kebelakangan ini.
Apple mula menawarkan lebih fungsi berbanding nilai estetiknya pada model 6S kali ini.
Jika dilihatkan spesifikasi 6S sememangnya hebat.
Dengan kelajuan cip pemprosesan Dual Core A9 yang terkini menjadikan model 6S ini fon paling pantas dalam memproses grafik di dalam pasaran.
RAM 2GB sememangnya mencukupi tetapi storan dalam yang ditawarkan menjadi isu utama kepada bajet seseorang.
Sama ada mampu melabur untuk 128GB, 64GB atau sekadar 16GB.
Rangkuman Keseluruhan
Salah satu fon yang terpantas di pasaran dan ianya adalah iPhone. Terkejut?
Ianya cukup laju untuk melakukan apa sahaja kerja menggunakan iPhone dan saya jangkakan ianya tidak akan lembab atau “lag” untuk 2 tahun akan datang dengan kemaskini iOS dari semasa ke semasa.
Spesifikasi
Ciri-ciri Menarik iPhone6S
- Satu jenama fon yang eksklusif dengan rekabentuk fon yang cantik. Semua pengeluar fon menjadikan rekabentuk iPhone sebagai rujukan.
- Pilihan storan dalamannya berbeza mengikut harga yang tersendiri. 16GB, 64GB atau 128GB?
- Kualiti kemera untuk fon iOS setakat ini. Model sebelumnya hanya 8MP berbanding 12MP pada model 6S ini.
- iPhone paling laju setakat ini dengan kelajuan pemprosesan dan grafik dalam kelasnya yang tersendiri.
- Platform iOS sememangnya menyediakan pelbagai Games dan aplikasi yang sesetengahnya memberi pengalaman yang berbeza berbanding platform Android.
- Pengimbas cap jarinya boleh dikatakan sebagai Super-Laju dan lancar, mudah digunakan dan mudah dikonfigurasi. Salah satu pengimbas cap jari yang terbaik pernah saya gunakan.
Apa Yang Saya Mahu Lebih Daripada Fon Ini
- Saya inginkan kapasiti bateri yang lebih besar agar fon ini bertahan lebih lama. Penggunaan purata saya untuk 6S hanya sehingga pukul 6 petang dan 6S Plus sejam selepas itu.
- Saya inginkan Dual SIM. Jika fon Android boleh menyediakan fungsi ini kenapa tidak iPhone?
- 6S agak panas berbanding 6S Plus yang mana lebih sejuk apabila penggunaan secara berterusan.
- Saya inginkan penambahan storan menggunakan Kad Memori luaran untuk storan yang lebih besar.
Statistik Performance
Contoh Gambar Diambil Dengan iPhone 6S
Inilah gambar-gambar yang saya ambil menggunakan iPhone 6S Plus tanpa sebarang suntingan.
Apa Yang Anda Patut Jangka Dan Tidak Patut Jangka Daripada Fon Ini
Anda Patut Jangka
- iPhone yang paling laju dengan skor Antutu Benchmark sebanyak 65K.
- Sangat Best untuk main Games dan apa sahaja aplikasi daripada Apple.
- Salah satu fon (6S) dan phablet (6S Plus) paling hebat untuk tahun 2015.
- Rekabentuk yang terbaik dengan kemasan mewah setanding dengan harganya yang mencecah RM4k.
Anda Tidak Sepatutnya
- Kualiti kameranya baik tetapi pada pencahayaan yang rendah dan rakaman pada waktu malam memberikan hasil yang sederhana. Jika dilihat pada aspek ini, ianya tidak mampu menandingi kamera fon Sony Z5, Samsung Note5 / S6 Edge dan Honor 6 Plus.
- Tidak seperti fon Android yang mana anda boleh membuka file PDF dan muat turun lagu atau video secara terus. Tiada butang “Back”, tiada kad memori dan baterinya tidak boleh ditanggalkan.
- Dengan saiz srin 6S Plus pada 5.5 inci, agak sukar untuk menggunakan dengan sebelah tangan melainkan tangan anda sebesar tangan King Kong 😛
Rumusan
Sebuah fon yang hebat, raja segala fon.
Ianya adalah gajet yang paling diingini di atas muka bumi hari ini dengan harga yang boleh membuatkan anda kopak.
Adakah berbaloi dengan Ringgit yang dibelanjakan untuk sebuah iPhone 6S?
Jika tanya saya, jika anda ada bajet dan anda mahukannya, beli sahaja!
Kerana iPhone memberi kepuasan lebih daripada sebuah fon iaitu “feel good factor”, prestij dan nilai pasaran.
iPhone Untuk Siapa?
iPhone adalah untuk mereka yang inginkan rasa mewah dan cara untuk mendapatkan aura yang hebat.
Kepada peminat setia Apple dan pengguna iOS yang inginkan kelajuan dan aplikasi terkini.
Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama ia diambil orang!
Apple adalah satu-satunya jenama yang berjaya menyentuh hati penggunanya (ianya adalah konsep yang diterapkan oleh Steve Jobs sejak dulu) dengan rekabentuk estetik dan fungsi yang mesra pengguna.
Sesiapa sahaja akan faham menggunakan produk keluran Apple tanpa perlu membaca manual!
Dengan harga iPhone yang sememangnya mahal di Malaysia, bukan semua golongan mampu untuk membelinya.
Pesaing lain untuk iPhone 6S adalah Samsung Note 5, Samsung S6 Edge/Edge Plus, Huawei Mate S, Xiaomi Note/Pro dari segi spesifikasi dan performance.
Aksesori
Walaupun iPhone 6S baru sahaja dilancarkan, banyak pilihan Casing, pelindung skrin dan aksesori lain boleh dibeli secara online ataupun di kedai-kedai gajet.
Boleh rambang mata dibuatnya.
Itulah satu perkaran yang menarik tentang iPhone.
Terlalu banyak pilihan aksesori dan casing yang ada.
Juga jangan lupa ianya boleh digunakan dengan model iPhone 6 dan 6 Plus.
Pilihan peribadi saya adalah Nillkin H+ Tempered Glass (berkualiti dengan nilai pada wang anda) dan Nillkin Nature TPU Case untuk menjadikan iPhone anda lebih cantik.
=====
Jika anda mempunyai sebarang soalan sila tulis di ruangan komen di bawah.
Kami akan membuat reviu untuk Asus Zenfone 2 Laser pada minggu hadapan!
Follow us
Join Followers Join Followers Join Followers