4 Langkah Mengesan Akaun Palsu Jika Menerima Friend Request di Facebook
Share
Terima kasih kepada Thanesh Ethan kerana sudi menulis dan berkongsi panduan ini di Clickuz.
Semoga tips ini dapat membantu anda mengesan akaun palsu jika anda menerima sebarang Friend Request di Facebook.
=====
Friend Request yang palsu ni selalunya dicipta oleh mereka-mereka yang jiwa dalamannya bergolak untuk “menjaga tepi kain orang lain”.
Bila anda menerima sebarang Friend Request, pastikan dahulu sama ada pemilik akaun tersebut palsu atau tidak.
Berikut ialah langkah-langkah yang perlu anda ambil sebelum klik pada Accept Friend Request.
Langkah 1: Periksa Wall Profile
Scroll wall dia sampai penghujung post yang paling bawah.
Kalau dia baru sahaja mula posting beberapa hari lepas maknanya, dia nak anda jatuh dalam perangkapnya.
Pastikan wall dia ada mempunyai posting sejak 1 hingga 2 tahun yang lepas.
Langkah 2: Pastikan Akaun Aktif
Cari wall yang mempunyai interaksi yang aktif.
Interaksi aktif maksudnya, posting dia mesti ada orang LIKE dan KOMEN.
Sebab orang yang jaga tepi kain ni boleh cipta akaun baru dan berposting tapi dia akan lupa bahawa posting dia tiada orang LIKE dan KOMEN.
Walaupun dia membuka akaun-akaun lain untuk bagi Like dan Komen, posting tu masih lagi baru.
Tak boleh percaya jugak.
Langkah 3: Periksa Mutual Friends
Mutual Friend kalau tiada langsung jangan terima dia sebagai kawan.
Sebabnya anda kena remove semua orang yang NEGATIF dan pilih kawan-kawan yang suka berkongsi perkara-perkara yang POSITIF di Facebook.
Lepas anda remove yang negatif, anda Add Friend yang Mutual Friend lebih dari 10.
Anda pasti akan dapat kawan positif.
Ingat, dia add anda sebenarnya dia memang TARGET ANDA sebab tiada mutual friend yang beri suggestion kepada dia.
Kalau terima friend request tanpa mutual friend yang ramai, berjaga-jaga la ya.
Melainkan anda adalah artis ataupun selebriti.
Langkah 4: Periksa Gambar Profile
Kebiasaannya, orang yang membuka akaun palsu tidak akan menggunakan gambar sebenarnya pada Profile Picture.
Kalau guna pun gambar orang lain.
Cara nak kesan sama ada gambar Profile tersebut adalah gambar tipu atau gambar sebenar, senang sahaja.
Anda download gambar Profile orang tersebut.
Pastikan anda lakukan teknik ini pada komputer atau laptop anda, bukan handphone ya.
Masuk Google Image.
Lepas tu anda DRAG and DROP gambar Profile tersebut ke dalam kotak Search.
Mengikut algorithm imej Google, anda akan jumpa sumber gambar tersebut diambil daripada website yang mana.
BINGO!