Type to search

10 Checklist Berguna Jika Melancong Ke Luar Negara Bersama Anak Kecil

Lifestyle

10 Checklist Berguna Jika Melancong Ke Luar Negara Bersama Anak Kecil

Share

Terima kasih kepada Nizam Mohamed  kerana sudi menulis dan berkongsi kisah pengalaman beliau bercuti ke Perth, Australia bersama keluarganya di Clickuz.

Semoga perkongsian beliau ini dapat memberi panduan berguna kepada anda yang pertama kali ingin melancong ke luar negara dengan membawa anak-anak kecil dan warga emas bersama anda.

=====

Baru-baru ini, saya berpeluang melancong dengan anak-anak dan ibu bapa mertua saya ke Perth, Australia.

Memang penat melancong dengan seisi keluarga tetapi bagi saya, tidak lengkap jika kita melancong tanpa anak-anak di sisi.

Jika anak gembira, saya pun turut gembira.

Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya melancong bersama keluarga saya.

#1. Tiket Penerbangan

Sebaik-baiknya tempahlah tiket penerbangan yang menawarkan “full service carrier”.

Ini kerana kita tidak perlu memikirkan tentang bagasi, makanan, dan hiburan di dalam kapal terbang (in-flight entertainment).

perth-trip-03

Sesetengah syarikat penerbangan mengenakan caj yang berlainan untuk kesemua servis yang saya katakan tadi.

Dalam kes saya, saya memilih penerbangan MAS kerana menawarkan harga yang murah ketika waktu promosi berbanding syarikat penerbangan murah dan lengkap dengan daftar masuk bagasi, makanan, hiburan dan yang paling penting; keselesaan.

perth-trip-01

Malah anak-anak saya dihadiahkan dengan “jigsaw puzzle”, “flash card” dan patung harimau oleh pramugari bertugas.

Hiburan di dalam kapal terbang juga perlu untuk menghilangkan rasa bosan mereka jika penerbangan mengambil masa yang lama.

#2. Penginapan

Apabila kita melancong bersama anak kecil, apa yang penting bagi mereka ialah keselesaan dan perut yang kenyang.

“Hungry child is an angry child”.

Pastikan anda dapat menyediakan makanan kegemaran anak anda semasa melancong.

Anak-anak saya sangat suka makan nasi.

Maka tempat tinggal kami mestilah membenarkan kami masak dan mempunyai perkakasan dapur yang lengkap.

Masak makanan semasa melancong juga menjimatkan kerana makanan di luar negara bukan sahaja mahal malah sukar untuk mencari makanan yang halal dan selera Melayu.

Selain anak-anak, datuk dan nenek mereka pasti mencari nasi juga.

perth-trip-02

Saya cadangkan anda cari tempat penginapan di www.airbnb.com.

Di situ anda boleh bincang dengan tuan rumah dan pastikan anda dapat apa yang anda perlukan.

Bagi kami penginapan itu perlu ada dapur, mesin basuh, mesin pengering, WiFi, berhawa dingin dan mesra keluarga.

Bagi yang beragama Islam, pastikan anda bawa sabun thoharah atau sabun tanah untuk samak/sertu perkakasan dapur sebelum memasak.

#3. Pengangkutan

perth-trip-05

Kaji dan cari pengangkutan yang sesuai dengan anda.

Bagi kami, kami menyewa kereta sewaktu kami di Perth.

Ini kerana kos sewa kenderaan di sana memuaskan dan kenderaan yang disedaikan juga sangat selesa.

Pastikan anda mematuhi peraturan di tempat anda pergi.

perth-trip-07

Di Perth, kanak-kanak di bawah umur 7 tahun wajib duduk di kerusi kereta kanak-kanak.

Jika anda gagal mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan anda disaman sebanyak AUD400 bersamaan RM1,195!

Maka sewalah kerusi kanak-kanak bagi mengelak kerugian melampau.

Sewa GPS jika anda mahu pergi ke kawasan “outskirt” kerana dikhuatiri Waze atau Google Map tak berfungsi jika tiada liputan cellular.

Jika hanya merangkumi kawasan bandar, memadai menggunakan aplikasi Waze.

#4. Rancang Perjalanan Anda

Kaji tempat yang anda hendak pergi dari segi bayaran masuk dan jarak dari tempat penginapan anda.

Rancang jadual perjalanan (itinerary) anda agar merangkumi waktu solat dan waktu tidur (nap time) anak-anak anda.

perth-trip-06

Muat turun waktu solat di www.islamicfinder.org.

Cetak semua tiket dan jadual perjalanan (itinerary) anda bersama-sama nama jalan dan koordinat GPS bagi memudahkan anda.

Mulakan hari anda awal dan habiskan hari anda awal.

Ini kerana anak-anak dan ibu bapa anda perlukan rehat yang cukup.

Anda juga perlu rehat untuk menjaga anak-anak dan ibu bapa anda nanti.

perth-trip-08

perth-trip-10

#5. Sediakan Keperluan Anak-Anak

Jika berjalan bersama anak kecil, bawa stroller dan baby carrier bagi memudahkan perjalanan anda.

Bawa atau beli stroller mudah lipat (umbrella stroller).

Tak perlu yang mahal.

Cukup sekadar ringan, senang dilipat dan senang dibawa.

Kami bawa stroller dari Malaysia.

Sewaktu di KLIA, kami tolak stroller hingga ke pintu pesawat.

Dari situ pekerja mereka akan ambil dan letak di dalam ruang bagasi.

Sewaktu tiba di Perth, kami ambil semula stroller tersebut bersama bagasi kami.

Ubat-ubatan asas seperti ubat demam, batuk dan selsema jangan lupa bawa.

 

#6. Istinjak

Tandas di luar negara biasanya tiada punca air untuk beristinjak.

Sesetengah orang tidak selesa dan perlu beristinjak dengan air.

perth-trip-09

Anda boleh gunakan botol mineral yang ditebuk di bahagian penutup sebagai “bidet”.

Caranya adalah gunakan pisau kecil dan tekan di tengah penutup botol.

Pusingkan penutup botol itu sehingga lubang seperti “pinhole” terjadi.

Ulang jika anda perlu lebih dari satu lubang.

 

#7. Makanan

Bawa bahan masakan kering dari Malaysia.

Jimat kos dan masa anda dalam mencari bahan asas memasak di luar negara.

Bawalah beras, gula, garam, perencah, makanan dalam tin serta bahan asas yang lain.

perth-trip-11

Keadaan sebuah pasar di Westfield. Bersih dan teratur kan?

Semasa kami berada di Perth, kedai-kedai di sini selalunya tutup seawal jam 5 petang.

Maka rancang pembelian bahan mentah lain di sana.

Anda juga perlu membawa bekas makanan yang mudah dibawa agar anda boleh bawa bekal makanan anda ke mana-mana.

Anda boleh berkelah setiap hari.

 

#8. Aktifkan Kad Kredit / Kad Debit

Aktifkan kad kredit ataupun kad debit anda sewaktu di Malaysia.

Ada sesetengah tempat tidak menerima tunai dan hanya menerima kad kredit sebagai medium pembayaran atas faktor keselamatan.

Anda juga boleh mengeluarkan wang anda di ATM jika tidak mahu membawa wang yang banyak semasa berjalan.

Pastikan logo yang tertera di kad anda ada di ATM tersebut.

 

#9. Roaming Atau Kad SIM Tempatan

Kadar roaming bagi salah satu syarikat telco di Malaysia ialah RM38 sehari.

Sekiranya anda melancong selama seminggu, jumlah caj yang dikenakan ialah RM266 seminggu.

Saya sarankan anda membeli kad SIM tempatan.

Pakej yang ditawarkan jauh berbaloi.

Sewaktu saya tiba di Perth, saya beli kad SIM Vodafone bernilai AUD25 bersamaan RM77 ketika itu.

Apa yang saya dapat ialah 90 minit panggilan antarabangsa percuma, 8 GB data yang mana saya tak berjaya habiskan dalam masa seminggu 🙁

 

#10. Cuti Umum Tempatan

Pastikan jadual perjalanan anda tidak bertembung dengan cuti umum di tempat anda pergi.

Ini kerana kos anda boleh naik mendadak atau anda tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti di sana.

Sebagai contoh, sambutan Golden Week di Jepun akan menyebabkan banyak tempat penginapan sudah penuh ditempah oleh masyarakat tempatan.

Di Australia, sambutan Easter Weekend menyebabkan kedai dan pasaraya membeli-belah tutup!

Tags:
Clickuz Media

We are a bunch of people who're obsessed with gadgets, mobile applications and lifestyle tech. If you have any interesting stories about yourself or your friends, feel free to drop us an email at contact@clickuz.com. We'd love to hear from you!

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *