Type to search

Cara Mudah Untuk Periksa Asus Zenfone Anda Adalah Original Atau AP Set

Gadget

Cara Mudah Untuk Periksa Asus Zenfone Anda Adalah Original Atau AP Set

Share

Terima kasih kepada Muhamad Hisyam kerana sudi menulis dan berkongsi panduan ini di Clickuz.

Semoga ianya dapat membantu anda yang ingin membeli smartphone Asus Zenfone atau telah pun membelinya.

=====

Di sini ingin dikongsikan tips mudah untuk mengetahui sama ada smartphone Asus Zenfone anda adalah Original (MY set) atau AP set.

  1. Sebelum membuka kotak, pastikan sticker DYNAMICS @ ECS ASTAR SDN BHD (jikalau ada) masih belum dikoyakkan. Akan tetapi tidak semestinya perlu percaya pada sticker sebab sticker boleh dicetak dan ditampal sahaja.
    dynamics-sticker

    Foto: Cari.com.my

  2. Pastikan kotak perlu berseal (new box) dan belum dibuka. Sebaik-baiknya ada sticker seperti di atas.
  3. Bila anda membuka kotak pastikan terdapat Charger 3 Pin, USB Cable, Warranty Card dan Buku Manual.
    zenfone2-laser-unbox

    Foto: Gadgetmtech.com

  4. Kemudian, anda terus boleh Setup Phone (NEXT > NEXT > NEXT > NEXT).
  5. Setelah siap semuanya, pergi ke Setting > About > Software Information > Build Number. Pastikan terdapat kod “WW” pada Build Number.
    zenfone-screen01 zenfone-screen02 zenfone-screen03a

“WW” bermaksud Malaysia Set (MY Set) dan ianya adalah set Original daripada Asus.

Jika tertulis “CN” atau “TW” anda disarankan untuk mengembalikan semula set tersebut kerana itu adalah AP set.

AP set bermaksud fon tersebut telah dibawa masuk ke Malaysia dari negara lain seperti China.

Ini tidak bermaksud anda tidak boleh membeli AP set.

Cuma pastikan harganya tidak sama seperti MY set kerana sepatutnya harga AP set adalah lebih murah.

Satu perkara yang perlu diingatkan adalah pihak Asus Malaysia tidak menerima Warranty Claim daripada AP Set.

Anda hanya boleh claim warranty daripada seller atau kedai yang menjual fon AP Set tersebut.

Itu sahaja yang boleh saya kongsikan.

Bagi saya info ni memang sangat berguna dan paling mudah bagi pengguna Asus Zenfone.

Semoga ianya memberi manfaat kepada anda!

Sumber: Zenfone 2 Laser User Malaysia

Tags:
Clickuz Media

We are a bunch of people who're obsessed with gadgets, mobile applications and lifestyle tech. If you have any interesting stories about yourself or your friends, feel free to drop us an email at contact@clickuz.com. We'd love to hear from you!

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *