Terima kasih kepada saudara Haziq Harun kerana sudi menulis dan berkongsi panduan ini di Clickuz.
Semoga ianya dapat membantu anda yang ingin membeli gajet atau smartphone secara online agar tidak ditipu oleh penjual scammer.
=====
#1 – Semak Maklumat Penjual
Semak nombor telefon. Cuba telefon nombor penjual, adakah dia pemilik nombor telefon itu atau tidak.
- Ada nombor telefon yang aktif dan dinyahaktif pada suatu masa yang digunakan untuk menipu pelanggan.
Tengok pada gambar akaun nombor tersebut adakah sama atau tidak dengan akaun sosial yang lain.
- Pastikan gambar tersebut bukan yang diambil dari Google Images (tutorial untuk cari ada di bawah) atau gambar orang lain. Periksa gambar pada akaun Facebook, Instagram, Twitter (jika ada) penjual tersebut sama atau tak.
- Pastikan ada gambar penjual yang sebenar pada akaun sosial tersebut (untuk dijadikan bukti jika berlaku pernipuan).
- Pastikan bukan akaun palsu, tengok link akaun sosial (pastikan nama sama dengan link akaun sosial) dengan tahun dan apa aktiviti akaun itu dibuat (sebelah akaun sosial Facebook).
- Jangan buat pembelian dengan akaun sosial yang hanya letak satu gambar profil, tengok jumlah rakan (pastikan ramai dan kenal salah seorang untuk dirujuk kelak)
- Kalau ada masa, buat carian gambar tersebut pada Google Images:
- Muat turun gambar ke komputer (cara B) atau klik right-hand pada mouse dekat gambar dan klik ‘Open Image In New Tab’ (cara A). Copy image link tersebut.
- Pergi ke laman web Google Images. Klik ikon kamera ‘Search By Image’.
- Anda boleh paste link yang telah di Copy tadi
- Atau muat naik gambar yang telah dimuat turun tadi.
- Akan keluar halaman baru, jika ada gambar yang sama tengok laman web mana diambil. Kalau dari luar negara atau bukan dari sumber penjual gambar tersebut diambil dari Goole Images.
- Muat turun gambar ke komputer (cara B) atau klik right-hand pada mouse dekat gambar dan klik ‘Open Image In New Tab’ (cara A). Copy image link tersebut.
Periksa maklumat penjual pada aplikasi sosial yang lain seperti Viber, Telegram, WeChat dan Whatsapp. Adakah nombor tersebut didaftarkan dengan orang sama atau tidak.
- Sebab ada penjual yang menyamar dan menggunakan identiti orang lain.
Semak akaun bank samada betul atau tau dengan pemilik yang betul atau tak.
- Ada penjual yang menggunakan akaun bank yang didaftarkan dengan orang lain dan nama tidak sama dengan penjual.
Kalau diberi gambar salinan kad pengenalan diri atau salinan pengenalan diri yang lain.
- Semak dari segi kualiti gambar, alamat tersebut adakah betul atau telah disunting (edit).
Berdasarkan maklumat di atas, semak maklumat tersebut buat kaji selidik sendiri dengan buat carian pada Google dan hanya scammer sahaja yang akan keluar pada laman web seperti:
Nota: laman web ini sudah tidak aktif tapi data scammer yang sebelum ni masih ada.
Selain itu anda juga boleh periksa nama scammer pada Facebook Group dan Facebook Page di bawah:
- Scammer’s Detected/Wanted
- Nama-Nama Scammer Blacklisted
- Senarai Penipu Online Malaysia Detail [scammer]
#2 – Semak Maklumat Perniagaan Penjual
Semak Nombor Pendaftaran SSM (Penting!)
- Nombor pendaftaran SSM adalah bukti sebagi penjual itu telah daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Sebagai maklumat yang bakal digunakan jika berlaku pernipuan dengan bagi nombor pendaftaran SSM tersebut kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Pastikan ada tertera nombor pendaftaran SSM pada info perniagaan atau pada deskripsi akaun sosial, jika tak ada sila minta nombor pendaftaran tersebut sebab dalam peraturan SSM penjual yang berjual beli dalam talian dan telah mendaftar wajib meletakkan nombor pendaftaran SSM.
- Buat akaun e-Account yang percuma pada laman web SSM, dengan adanya akaun itu anda boleh semak penjual itu telah berdaftar atau tidak.
- Pergi ke laman web http://www.ssm-einfo.my dan klik Register Now untuk daftar akaun.
- Selesai daftar, klik Search.
- Anda boleh buat pencarian menggunakan nombor pendaftaran SSM atau nama penjual yang daftar dengan SSM.
- Pergi ke laman web http://www.ssm-einfo.my dan klik Register Now untuk daftar akaun.
- Beli dengan penjual yang telah berdaftar dengan SSM sahaja, jangan merisikokan diri anda beli dengan penjual yang tidak berdaftar.
- Ramai pembeli yang tak ambil perhatian dengan nombor pedaftaran ini dan menanggung risiko ditipu oleh penjual.
- Bila ditipu dengan maklumat yang terhad pembeli tak dapat membuat laporan selain post pada akaun sosial media masing-masing.
#3 – Lihat Testimoni & Review Pelanggan
- Pastikan testimoni tersebut adalah yang terbaru dan bukan yang pernah dimuat naik atau telah digunakan sebelum ini.
- Gambar testimoni adalah original dan bukan diambil dari orang lain.
- Ada logo atau nama penjual pada gambar yang menunjukkan gambar tersebut adalah milik penjual.
- Kalau ada masa cari dan hubungi salah satu pelanggan untuk bertanyakan pasal produk, cara pembelian, layanan penjual dan sebagainya.
- Ingat, jika jumlah pengikut pada laman sosial itu ramai tidak bermakna penjual itu boleh dipercayai KALAU jumlah likes, komen adalah sikit sebab ada yang beli FOLLOWERS untuk mengaburi mata pembeli tapi tak semua penjual, ada sebahagian sahaja.
- Beli dengan penjual yang memudahkan anda, bukannya menyusahkan anda.
#4 – Teliti Maklumat Pada Iklan
Baca iklan dan maklumat yang hendak dibeli dengan teliti.
- Ada penjual yang menggunakan akaun bank yang didaftarkan dengan nama orang lain dan nama tidak sama dengan penjual.
- Pastikan lengkap dengan info seperti cara pembayaran, cara penghantaran, nombor telefon, spesifikasi, kondusi dan sebagainya.
Contoh format iklan yang digunakan pada group Malaysia Apple Trader (MAT):
- Gambar barang mestilah lengkap dengan kotak, aksesori yang hadir dengan produk.
- Kalau ada masa, buat carian gambar tersebut pada Google Images seperti langkah di atas.
- Anda berhak meminta gambar barang yang sebenar daripada penjual.
- Bagi peranti elektronik, jangan beli yang hanya menjual peranti sahaja tanpa kotak, aksesori yang lain atau peranti dengan alat pengecas sahaja sebab berkemungkinan peranti tersebut ialah dicuri atau jumpa.
- Semak nombor IMEI peranti dan mestilah sama dengan pada kotak peranti. Dengan nombor IMEI tersebut, buat semakan untuk pastikan original atau tak pada laman web IMEI.info.
- Buat semakan dan bandingkan harga pada laman web telefon tersebut atau dengan penjual yang lain.
- Jangan beli kalau harga murah sangat dari harga pasaran semasa atau pada laman web, kemungkinan barang tiruan atau memang barang tersebut tidak wujud.
- Fahamkan apa maksud set Original, Klon dan Refrubished. Baca di sini.
#5 – Pilih Proses Pembayaran & Penghantaran Yang Selamat
Tempahan (Pre-order)
- Berdasarkan kaji selidik anda sendiri, testimoni pelanggan di atas dan anda yakin bahawa penjual tersebut tidak menipu serta tidak ragu-ragu, anda boleh buat tempahan.
- Jika penjual memaparkan ID pada iklan (biasanya pada Facebook Group) atau kod sebagai bukti pre-order, sila simpan untuk dirujuk kelak.
Pembayaran Transaksi
- Jangan klik sebarang link yang diberi untuk transaksi, berkemungkinan Phishing Site melainkan anda pasti link tersebut selamat.
- Jika transaksi pada laman web perbankan, tengok pada link dan pastikan ada pada URL ‘https’ yang bermaksud laman tersebut selamat dan dilindungi daripada Phishing Site.
- Pastikan akaun bank betul dengan nama yang diberi oleh penjual.
- Setelah selesai proses transaksi, simpan bukti resit transaksi (jika laman web, screenshot atau printscreen laman tersebut yang mempunyai info transaksi) atau slip deposit (kalau buat transaksi pada mesin deposit tunai).
Penghantaran
- Pastikan anda mendapat nombor tracking daripada penjual.
- Anda boleh semak nombor tracking pada laman web Trackback.my.
COD (Cash on Delivery / Collect on Delivery)
- Jika anda pertama kali membeli daripada penjual yang anda baru kenal atau belum kenal, sila buat COD sahaja.
- Buat COD di tempat terbuka sahaja dan ramai orang seperti di kedai mamak. Jangan buat di tempat yang terpencil dan gelap.
- Jangan terpedaya dengan orang yang berlakon sebagai middleman atau con-man, pastikan orang yang anda jumpa tersebut ialah penjual yang betul atau orang yang dia wakilkan.
- Semasa menerima barang, periksa kualiti produk, aksesori, kotak pastikan original dan semua sama seperti dalam gambar yang telah diiklankan oleh penjual.
- Untuk peranti elektronik, pastikan nombor siri, imei sama dengan kotak. Dengan nombor IMEI tersebut, buat semakan untuk pastikan original atau tak pada laman web IMEI.info.
#6 – Jika Berlaku Penipuan
- Kalau barang tak sampai, sila beritahu pada penjual dan semak Nombor Tracking dengan perkhidmatan kurier.
- Jika penjual tidak mengendahkan anda, kumpulkan semua bukti yang anda dapat dan screenshot atau printscreen mesej anda dengan penjual semasa proses pembelian.
- Buat laporan polis.
- Jika ada nombor pendaftaran SSM, buat laporan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Fahamkan dahulu jenis kesalahan yang membolehkan anda untuk membuat aduan atau laporan.
- Jenis kesalahan: http://goo.gl/jfsSgG
- Aduan/laporan boleh dibuat pada: https://goo.gl/ydiThO
- Sebarkan pada akaun media sosial supaya pengguna yang lain tidak terkena penipuan penjual tersebut.
Sumber: Apple User Group (Malaysia)