Dalam keadaan ekonomi sekarang yang merudum, kejatuhan nilai Ringgit, kenaikan harga barang dan bebanan GST, membeli sebuah smartphone baharu yang berharga lebih RM1,000 mungkin bukanlah idea yang bijak bagi sesetengah orang yang berpendapatan sederhana, termasuklah saya sendiri.
Tambahan pula, kini banyak pengeluar yang menawarkan smartphone dengan rekabentuk menarik, spesifikasi yang baik, kapasiti bateri yang besar dan kualiti kamera yang baik pada harga yang kurang daripada RM1,000.
Di sini dikongsikan panduan bagi anda yang mempunyai bajet RM600 dan ke bawah dalam memilih smartphone yang memberi nilai pada wang anda.
Sebelum Membeli Smartphone Baharu
Tentukan bajet anda termasuk harga untuk pelindung skrin atau tempered glass, body case dan memory card (jika perlu).
Tentukan apakah kegunaan utama yang anda paling perlukan daripada fon tersebut.
Sama ada untuk tujuan menangkap gambar, untuk menggunakan aplikasi media sosial, untuk main game, untuk tonton video di Youtube dan sebagainya.
Spesifikasi Smartphone Yang Anda Perlukan
1. Kamera
Jika anda jenis yang suka mengambil gambar menggunakan smartphone, kualiti kamera harus diberi perhatian.
Kami sarankan anda memilih smartphone yang mempunyai kamera hadapan sekurang-kurangnya 8 MP.
Ada smartphone seperti ASUS, Xiaomi, Alcatel dan Oppo yang dilengkapi spesifikasi kamera hadapan sehingga 13.1 MP yang menggunakan sensor buatan Samsung, Toshiba dan Sony.
Harus diingat jenis kanta dan perisian kamera turut memainkan peranan dalam menghasilkan gambar yang baik.
2. Bateri
Bagi anda yang sering berada di luar atas urusan kerja, anda tentunya tidak suka selalu mengecas fon anda dan memerlukan smartphone yang mempunyai bateri yang dapat bertahan selama 10 – 12 jam.
Untuk skrin smartphone bersaiz 5 inci, untuk bertahan selama 1 hari anda memerlukan kapasiti bateri minimum sebanyak 2,500 – 2,800 mAh.
Manakala smartphone bersaiz 5.5 inci, kami sarankan kapasiti bateri sekurang-kurangnya 3,000 mAh.
3. RAM
Bagi anda memang tidak boleh tahan dengan penyakit “lagging phone” anda memerlukan smartphone yang mempunyai RAM sekurang-kurangnya 1 GB.
Jika anda mempunyai bajet yang lebih, kami sarankan anda memilih smartphone yang mempunyai RAM sebanyak 2 GB.
4. Storan Dalaman
Untuk storan dalam atau Internal Memory kami sarankan 16 GB berbanding 8 GB.
Kenapa?
Jika anda menggunakan smartphone dengan storan dalaman 8 GB, anda akan menghadapi masalah memasang kebanyakan Aplikasi asas kerana ianya akan memakan ruang storan anda.
OS sahaja biasanya memakan 4 GB daripada storan anda.
Ini tidak termasuk storan yang anda perlukan untuk menyimpan gambar daripada kamera dan lain-lain aplikasi.
Jadi kami sarankan anda memilih smartphone yang mempunyai storan dalaman sekurang-kurangnya 16 GB.
Namun jika bajet anda yang terhad, anda boleh memilih fon dengan storan 8 GB dan menambah storan dengan Memory Card di masa hadapan.
5. Pemprosesan
Smartphone yang mempunyai prosessor 1.2Ghz Quad-core sebenarnya sudah mencukupi untuk pengguna biasa.
Untuk para Gamers, kami sarankan processor sebanyak 1.7Ghz tetapi lihat juga jenis GPU yang digunakan, adakah ia menyokong game kegemaran anda.
6. Skrin
Kami sarankan anda memilih skrin bersaiz 5.5 inci jika anda sukakan paparan Full HD dan ada juga fon bersaiz 5.5 inci yang memberikan paparan skrin yang cantik walaupun hanya dengan paparan HD.
Untuk skrin bersaiz 5.0 inci biasanya akan memberikan paparan HD tetapi anda perlu melihat sendiri Settings pada Contrast dan Brightness, adakah ianya cukup cantik di mata anda.
7. Rekabentuk
Jika anda menitikberatkan soal rekabentuk sesebuah smartphone ada peranti yang mempunyai design luaran yang cantik dengan harga yang murah.
Akan tetapi soal cantik adalah sangat subjektif, sebaiknya anda tentukan sendiri design fon mengikut selera anda.
Harus diingat bahawa 90% pengguna biasanya akan memasang “Casing” pada smartphone masing-masing yang tentunya akan menutup design luaran fon tersebut.
Ramai orang sanggup mengeluarkan bajet tambahan untuk “Casing” tetapi pilihlah smartphone yang mempunyai design yang sekurang-kurangnya cantik di mata anda.
8. Jenama Popular
Pentingnya kita memilih jenama fon bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi kerana kita mahukan pilihan yang lebih banyak untuk aksesorinya.
Tentunya kita akan mudah mendapatkan aksesori dengan pilihan yang lebih banyak di pasaran untuk jenama fon yang lebih popular berbanding jenama yang kurang popular.
Jenama smartphone ASUS dan Samsung sememangnya popular di kalangan rakyat Malaysia dan aksesorinya mudah didapati di mana-mana kedai gajet.
Untuk jenama Lenovo pula ianya subjektif bergantung kepada populariti sesebuah model.
Kadang-kadang kita boleh jumpa banyak “Casing” untuk sesebuah model fon Lenovo tetapi susah pula nak jumpa pelindung skrin untuk fon tersebut.
=====
Apa Perlu Buat Jika Anda Sudah Tahu Fon Yang Ingin Dibeli
- Rujuk senarai fon bajet di Clickuz.com, adakah fon yang anda ingin beli tersebut tersenarai? Senarai fon yang kami sarankan telah diuji dan digunakan oleh pakar-pakar fon kami.
- Cuba dan uji sendiri fon tersebut di cawangan utama yang menyediakan set Display untuk pengguna. Saya nasihatkan jangan percaya 100% dengan salesman kedai jika mereka rekomen fon yang lain kerana biasanya tujuan mereka adalah untuk menghabiskan stok. Semasa anda menguji fon tersebut, periksa 8 kriteria di atas sebelum membuat keputusan.
- Jika anda ada beberapa pilihan smartphone, tentukan model yang mana sesuai dengan kegunaan harian anda. Anda mungkin perlu tambah sedikit bajet untuk memenuhi keperluan anda seperti menambah Memory Card.
- Setelah anda membuat keputusan fon mana yang nak dibeli, kini adalah masa untuk mencari penjual yang menawarkan fon original set termasuk aksesori pada harga yang terbaik. Saya biasanya tidak akan membeli fon di Shopping Mall untuk mengelakkan daripada ditipu oleh penjual scam. Saya akan layari website Lelong.com.my dan cari Best Seller yang menjual harga terbaik untuk Original Sealed Unit. Hubungi penjual tersebut dan buat bayaran di kedainya.Jangan buat bayaran secara online untuk memastikan duit anda tidak hangus jika tersalah langkah.
- Enjoy! Setelah semua usaha untuk memastikan anda mendapat fon bajet yang terbaik dengan harga yang terbaik tercapai, sekarang adalah masa untuk anda membuat konfigurasi supaya fon tersebut sesuai dengan kegunaan anda.
Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam memilih smartphone bajet yang memberi nilai kepada wang anda.
=====
Di sini disenaraikan pilihan smartphone bajet yang berharga di bawah RM600 (susunan mengikut harga).
- ASUS Zenfone Go ZB551KL [RRP RM599]
5.5-inch, Value for Money, Performance, Battery.
—– - Lenovo A7000 Plus [RRP RM599]
5.5-inch, Design, Performance.
—– - Meizu M2: [RRP RM599]
5.0-inch, Good Screen, Camera, Design.
—– - Alcatel Flash 2 [RRP RM549]
5.0-inch, Battery, Vanilla Android, Camera, Design.
—– - ASUS Zenfone Go ZC500TG [RRP RM499]
5.0-inch, Value for money, Battery, Camera.
—– - Lenovo A6000 Plus [RRP RM499]
5.0-inch value for money phone.
—– - ASUS Zenfone Go ZB452KG [RRP RM329]
4.5-inch with basic specs.
—– - Lenovo A1000 [RRP RM249]
4.0-inch, Cheapest recommended phone.
[Senarai di atas dikeluarkan pada April 2016]