Tahap keselamatan amat penting semasa mengendalikan media sosial lebih-lebih lagi kepada penggiat media sosial seperti Blogger, YouTuber, pengurus Facebook Fanpage Manager dan macam-macam lagi.
Oleh kerana kebanyakan pengendali media sosial sibuk memikirkan pengisian dan contents media sosial masing-masing sehingga terlupa untuk menjaga dan memelihara daripada digodam.
Pasti akan rasa menyesal tak sudah kalau kita kehilangan blog ataupun Facebook Fanpage secara tiba-tiba.
Ini bukanlah langkah 100% yang dapat menjamin akaun media sosial anda selamat, namun sekurang-kurangnya dapat menyusahkan kerja pengodam.
Kenapa Pengodam Ingin Mengodam?
Soalan ni mungkin nampak macam tak logik tetapi tahukah anda kebanyakan penggodam tidak mempunyai alasan untuk menggodam.
Mereka hanya suka-suka bagi mencapai kepuasan dan membuktikan mereka sudah mencapai satu tahap tertentu.
Di antara sebab lain adalah kerana ingin menjatuhkan jenama tertentu bagi tujuan peribadi.
Tip Mengelak Facebook/Fanpage Digodam
- Password / Kata Laluan
Elak menggunakan password dari kata nama yang mudah diteka dan jangan gunakan elemen-elemen mudah seperti nama, nama isteri/suami, tarikh lahir.Jangan menggunakan gabungan jujukan nombor yang sama seperti 1234 atau 6789.Password yang baik adalah terdiri dari gabungan huruf besar, huruf kecil dan nombor.
- Emel
Kalau anda perasan, kawan-kawan di Facebook/Fanpage takkan tahu apakah emel login anda kerana ianya adalah rahsia dan tidak di display di mana-mana bahagian.Walaupun terdapat cari “tipu” untuk mendapatkan emel orang di Facebook, tetapi saya sarankan jangan reveal emel address anda kepada sesiapa.Emel address untuk login di Facebook adalah perkara pertama yang penggodam cari untuk memulakan kerja.
Bagi Blogger pula jangan gunakan emel address yang sama yang kita letak di bahagian contact di dalam blog.
- Mobile Verification
Langkah ini sangat penting dan sangat berguna kerana ianya menambah satu langkah pengesahan untuk proses login ke Facebook.Walaupun ianya nampak sangat secure, tapi percayalah ianya masih belum cukup untuk menghalang dari Facebook/Fanpage digodam.Tetapi langkah ini sangat berguna untuk langkah yang seterusnya.
- Notifikasi Emel
Masih di dalam kategori emel tetapi kali ini saya menekankan tentang kepentingan notifikasi emel yang masuk.Maksud saya, pastikan kita boleh dan mudah untuk menerima setiap notifikasi yang masuk melalui emel yang digunakan untuk login ke Facebook.
Ini adalah kerana, sekiranya Facebook anda sedang digodam anda menerima notifikasi penukaran password atau pembuangan status admin secara langsung.
Ketika ini, kalau anda cepat bertindak kemungkinan besar anda masih boleh selamatkan Facebook/Fanpage anda melalui mobile verification.
- Elakkan terkena Phishing
Phishing adalah satu term di mana anda terklik satu link palsu yang membuatkan segala maklumat anda diambil secara diam-diam.Biasanya phishing dilakukan melalui emel ataupun melalui blog palsu yang berniat untuk menjerat orang.
Jadi hati-hati ketika melayari internet.
Sekiranya anda masih ingin klik link tertentu tetapi ada rasa was-was, cuba klik link tersebut di dalam mode Private/Incognito.
- Admin dan Editor
Ini adalah salah satu tip rahsia dan boleh diamalkan sekiranya anda mengendalikan Facebook Fanpage yang besar dan risau sekiranya digodam.Walaupun anda adalah level Admin, tetapi buat satu lagi akaun untuk level Editor.
Gunakan login level Editor ni sebagai login utama dan updatelah Fanpage anda dengan akaun ini.
Dengan cara ini, boleh mengurangkan kemungkinan akaun Admin anda dari digodam dan terdedah dengan kemungkinan terkena Phishing.
- Elak Menggunakan WiFi Percuma
Walaupun ini bukanlah punca utama, tetapi beberapa perkhidmatan WiFi percuma boleh mengundang padah.Bayangkan sekiranya smartphone kita sedang menggunakan saluran WiFi pada saluran yang sama dengan penggodam.
Apa saja boleh dilakukan.
Kita juga harus berhati-hati dengan perkhidmatan WiFi yang memerlukan kita mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan servis WiFi.
Walaupun pada linknya tertulis “Register” ataupun “Use Internet Now” tetapi kita tak tahu apa sebenarnya skrip yang berjalan di belakang page tersebut.
Apa Nak Buat Selepas Kena Godam?
Sebaik saja akaun anda digodam, terus laporkan pada Facebook melalui link ini: https://www.facebook.com/hacked
Kebiasaannya, beberapa maklumat seperti emel , no telefon boleh membantu proses ini.
Facebook mempunyai data dan tracking sekiranya kita betul-betul “pernah” menjadi admin pada Fanpage tersebut.
Tetapi semuanya bergantung kepada nasib juga kerana proses ini mungkin memakan masa.
Sekiranya “Admin” baru tadi berhajat untuk membuang Fanpage anda, mungkin tiada apa lagi dapat diselamatkan.
Tip Untuk Laman Media Sosial Lain
Secara asasnya, gunakanlah apa saja security features yang ada pada setiap perkhidmatan media sosial untuk menyusahkan penggodam daripada mencerobohi akaun anda.
Cuba gunakan emel yang berbeza bagi setiap media sosial kita.
Memang saya akui terlalu banyak kerja dan leceh, tetapi kita tak tahu ianya akan berguna satu hari nanti.