Inilah ulasan ringkas Sony Xperia C5 Ultra Dual review dibawakan oleh Clickuz.

=====

Walaupun saya sebagai peminat sejati Sony Xperia, saya rasa tidak terlalu “bias” sekiranya saya cakap sesiapapun akan jatuh cinta dengan Sony Xperia C5 UltraDual.

Ini adalah bukan kerana dari segi fungsi utamanya sebagai kamera selfie terbaik, tetapi dari segi designnya yang sangat cantik dan nampak futuristic.

Walaupun sekali imbas ianya nampak sama saja seperti keluarga Xperia yang lain, tetapi Sony Xperia C5 mempunyai beberapa kelainan dan keunikannya yang tersendiri.

sony-xperia-c5-01
Sony Xperia C5 Ultra Dual.

Skrin

Skrin Sony Xperia C5 Dual Ultra bersaiz 6″ dengan resolusi 1080 X 1920.

Skrinnya sangat besar dan ianya lebih besar daripada iPhone 6 Plus mahupun Samsung Galaxy Note 5.

Dengan saiz skrin sebesar ini, ianya hanya memaparkan 367 ppi.

Walaupun bukan spesifikasi yang sesuai, namun skrinnya sudah cukup untuk memberikan kualiti sebenar FULL HD dengan teknologi IPS LCD dan Mobile BRAVIA 2.

sony-xperia-c5-08
Skrin yang besar amat sesuai untuk menonton video.
sony-xperia-c5-02
Bezel yang nipis seolah-olah frameless.

Rekabentuk

Apa yang menarik dari segi rekabentuk C5 adalah bingkai tepinya yang sangat nipis dan hampir kelihatan seperti borderless.

Ini adalah salah satu selling point yang ada pada Sony Xperia C5.

Speaker berkembar masih dikekalkan di bahagian atas dan bawah C5 bagi memberikan kualiti audio yang terbaik.

Berbeza dengan Xperia yang lebih premium, Xperia C5 menggunakan material plastik berkilat di bahagian belakang.

Tiada komplain dari saya kerana telefon ini bukanlah telefon kalis air seperti Sony Xperia Z3+.

sony-xperia-c5-03
Bersaiz 6″ dan mempunyai kamera hadapan 13MP.
sony-xperia-c5-04
Kamera belakang 13MP.

Kamera

Sudah tiba masanya saya berkongsi mengenai kelebihan kameranya.

Telefon ini sememangnya direka khas buat pengemar selfie.

Dengan 13 MP pada kamera hadapan dan dilengkapi flash, pengguna Sony Xperia C5 pasti menjadi juara selfie.

Bukan itu saja, kamera hadapannya juga dilengkapi dengan 22mm wide angle lens bagi memastikan lebih ramai orang boleh dimuatkan dalam satu gambar.

Kamera hadapannya pasti menjadi di antara ciri-ciri yang digemari ramai.

Dengan spesifikasi yang sama, kamera belakangnya juga dilengkap dengan 13 MP.

sony-xperia-c5-06
Port USB di bawah sama seperti Sony Xperia Z3+.
sony-xperia-c5-05
Port untuk dual sim card.

Dual Sim

Saya sebenarnya bukanlah pengemar Dual Sim.

Tetapi dengan ciri-ciri Dual Sim yang terdapat pada C5, saya dapati ianya agak berguna.

1 sim kad boleh digunakan untuk panggilan telefon dan satu lagi boleh digunakan untuk internet.

Bukanlah ciri yang saya pentingkan, tetapi mungkin agak berguna kepada sesetengah orang.

Slot dual simnya diletakkan pada sisi telefon dengan tray yang menyimpan kedua-dua simcard.

sony-xperia-c5-07
Teknologi skrin IPS.

Spesifikasi

Dimensions: 164.2 x 79.6 x 8.2 mm
Weight: 187g
Screen size: 6.0” (1080 x 1920)
Screen Resolution: 1080 x 1920 display resolution
Pixels Per Inch (PPI): 367
Processor: Octa-core application processor
RAM: 2GB
On-board Memory: 16GB (microSD card supported)
Camera: 13MP (rear) 1080p@30fps 13MP (front-facing)
Operating system: Android 5.0
3G / 4G LTE: Yes / Yes
Bluetooth / NFC: Yes / Yes
Battery capacity: 2,930 mAh
Colours: Black, White, Mint

=====

Saya akan kongsikan pengalaman sebenar setelah melakukan beberapa ujian selfie terhadap Sony Xperia C5 ini.

Artikel ini diambil daripada laman blog MohdZarin.com dengan keizinan penulis asal.

Let's Discuss

Like this article? Share it.
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn