button-english

Inilah ulasan ringkas OnePlus 2 review dibawakan oleh Clickuz.

=====

Ianya dikatakan sebagai fon yang bakal membunuh semua fon flagship (fon dengan spesifikasi paling hebat untuk sesuatu jenama) di dalam pasaran pada ketika ini.

Saya membayangkan fon ini sebagai Hitman.

Jom baca pengalaman saya menggunakan peranti OnePlus 2.

oneplus-2-02

Rangkuman Keseluruhan

oneplus-2-score-bm

Fon yang mempunyai spesifikasi yang tinggi tetapi tidak begitu mahal harganya.

Dengan nama yang unik iaitu “1+2” sememangnya digemari oleh peminat-peminat geek seantero dunia.

Saya sendiri menyukai namanya; apabila ada rakan bertanya, “Kau guna fon apa tu?” Saya biasanya akan menjawab, “Ni fon TIGA = SATU campur DUA”.

LOL.

oneplus-two-spec
Spesifikasi OnePlus 2.

Mungkin sesetengah daripada anda mengetahui tentang kehebatan model OnePlus One yang pertama dikeluarkan pada 2014.

Saya secara peribadi sememangnya tertunggu-tunggu kehadiran OnePlus Two dengan penambahbaikan ciri kameranya.

Saya sangat teruja apabila medapat peluang menguji peranti ini atas tajaan Yess Comm.

Keterujaan itu membasahkan…tangan saya apabila memegangnya (mohon jangan fikir perkara yang lain ya).

Model terbaru ini ditampilkan dengan kotak yang lebih ringkas dan lebih kecil berbanding model yang sebelumnya.

Fon ini dilengkapi dengan bingkai besi yang cantik dan cover belakang “sand stone” yang mempunyai tekstur berpasir, memudahkan pengguna apabila memegangnya.

Secara luarannya fon ini berada pada darjat yang sama dengan fon premium yang lain.

oneplus-2-03

Apabila mengaktifkan fon ini, paparan skrinnya begitu jelas dan terang.

Walaupun dengan tetapan Full HD, pada saya ianya cukup selesa dipandang oleh mata manusia berbanding Quad HD (yang memberikan jangka hayat bateri yang lebih lama).

Skrinnya lebih terang, tiada efek lapisan warna kuning seperti model yang sebelumnya.

Warna pada skrin juga terang.

Kamera

oneplus-2-01

Fon ini dilengkapi dengan kamera belakang 13.1MP dengan ciri “Image Optical Stabilizer” dan lazer.

Saya sangat teruja untuk menguji kedua-dua ciri tersebut.

Apabila menggunakan fon ini secara berterusan, saya mendapati kelancarannya begitu ketara sekali dan amat mudah digunakan.

Mengingatkan saya kepada fon lama saya iaitu OnePlus One.

Apabila saya memulakan ujian ke atas keupayaan kamera ini, ianya menghasilkan gambar yang cantik dan terang pada pencahayaan normal.

Walaupun bukan pada tahap terbaik tetapi kualiti kamera fon ini tidaklah mengecewakan.

Ciri lazer dan Optical Stabilizer sememangnya membantu semasa memfokus sesuatu objek.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil menggunakan OnePlus Two tanpa sebarang suntingan.

Indoor

Indoor-4

Indoor1

Indoor2

 

Outdoor

Outdoor1

Outdoor2

 

Low Lighting
LowLight2

Lowlight3

 

Macro

Macro2

Macro1

Ciri-ciri Menarik OnePlus 2

oneplus-2-04

  1. Dua SIM dengan sokongan 4G. Kekuatan capaian LTE dan WiFinya memang kuat dan jelas dengan kualiti panggilan telefon yang baik tanpa sebarang gangguan semasa saya menggunakannya.
  2. Tiada slot Mikro SD yang khas namun ianya datang dengan storan memori dalaman 64GB yang super-laju. Sekurang-kurangnya ianya tidak seperti sesetengah fon flagship yang mempunyai storan 32GB dengan harga RM3,000 tetapi tiada slot Mikro SD (Sedih!).
  3. Dikuatkan dengan pemprosesan Octacore Snapdragon 810 V2 yang membolehkan ianya menyokong sebarang aplikasi tanpa masalah.
  4. Beserta kadar kelajuan memori yang tinggi iaitu 4GB RAM menjadikan fon ini laju seperti Mat Rempit. Ianya juga tidak panas apabila saya bermain Games pada jangka masa yang lama.
  5. Baterinya pada kadar 3,300MAH membolehkan ianya bertahan selama purata sehari pada penggunaan yang biasa.
  6. Android 5.1 Lollipop dengan Oxygen UI yang ringkas, cantik dan ringan.
  7. Terdapat butang pada bahagian kiri fon ini untuk tetapan pantas Notifikasi Normal, Pilihan atau Senyap. Satu ciri yang berguna bagi saya semasa mesyuarat, bekerja atau berada di tempat yang bising.
  8. Pengimbas cap jari pada butang Home membolehkan data anda selamat dan ianya mudah digunakan seperti yang saya jangka.

Apa yang Saya Mahu Lebih Daripada Fon Ini?

  1. Perisian yang optimum pada fungsi kemera kerana dengan ciri 13.1MP sepatutnya ianya dapat menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik.
  2. Pengecasan pantas ataupun pengecasan tanpa wayar akan menjadikan fon ini sempurna.
  3. Infra-Red blaster mungkin? Saya tidak fikir NFC adalah penting tetapi NFC akan menjadi tambahan yang baik untuk fon ini.
oneplus2-rating
Keputusan OnePlus 2 dari segi penggunaan seharian.

Apa Yang Anda Patut Jangka Dan Tidak Patut Jangka Daripada Fon Ini

Anda Patut Jangka

  1. Mempunyai performance yang baik. Tiada kompromi. Jika anda selalu multitasking, kaki Whatsapp yang mempunyai ratusan grup, kaki gaming, inilah fon untuk anda.
  2. Terbaik untuk bermain Game walaupun Game yang memerlukan requirement grafik yang tinggi.
  3. Salah satu fon tablet 5.5 inci yang terbaik di pasaran.
  4. Rekaan yang ringkas tetapi anggun di tangan si pemakai.

Anda Tidak Sepatutnya

oneplus-2-05
Kabel USB C yang terkini digunakan untuk mengecas fon OnePlus 2.
  1. Menganggap fon ini mempunyai kualiti gambar yang baik walaupun mempunyai ciri 13.1MP pada kameranya. Ianya masih tidak dapat menandingi kualiti gambar daripada Samsung S6, Z4 dan Honor 6 Plus.
  2. Menggunakan kabel USB pengecas yang biasa kerana ianya menggunakan kabel USB C yang terkini (boleh dicucuk secara terbalik). Anda perlu melabur sedikit untuk membeli kabel USB C ekstra untuk powerbank dan pengecas tambahan anda.

Bagaimana Untuk Membeli?

Fon flagship biasanya berharga antara RM2,300 hingga RM3,000 tetapi fon ini hanya berharga RM1,788.22 termasuk 6% GST.

Untuk mendapatkannya, anda memerlukan jemputan khas daripada Maxis dan pihak Maxis akan memberikan Kod Jemputan kepada sesiapa yang mendaftar sebagai pelanggan.

Jika anda tidak mempunyai jemputan tersebut, jangan risau.

Anda masih boleh membeli fon OnePlus 2 di mana-mana cawangan Maxis di bawah tanpa memerlukan sebarang Kod Jemputan.

  • Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
  • Bangi Utama Shopping Complex (Warta), Bandar Baru Bangi, Selangor
  • NSK, Off Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur
  • Wangsa Walk, Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur
  • Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke mana-mana cawangan di atas dan bertanyakan dengan lemah-lembut bahawa anda ingin membeli OnePlus 2.

Jangan lupa sebutkan 2 perkataan ajaib ini aitu “Clickuz” dan “Yess Comm”.

Rumusan

Salah satu fon yang power dan laju.

Berupaya menandingi model fon daripada jenama yang lain di pasaran.

Nota: Kaki Games, pengguna tegar smartfon, pengguna yang alahan kepada “langging”, yang nak cari fon power tapi tak mahal sangat; fon ini sememangnya direka khas untuk anda. Tidak syak lagi!

Antara pesaing lain untuk fon ini adalah Samsung Note 5, Asus Zenfone Deluxe dan Xiaomi Note Pro.

Aksesori

Walaupun fon ini masih baru dalam pasaran Malaysia, namun terdapat banyak pilihan “Casing” dan pelindung skrin yang boleh dibeli secara online mahupun di kedai-kedai gajet.

Saya sarankan anda membeli Nillkin H+ Tempered Glass untuk pelindung skrin.

Bagi yang suka Casing yang nipis boleh mendapatkan Nillkin Super Shield ataupun Ringke Case untuk perlindungan yang mantap.

Apa lagi yang ditunggukan, kakak kakak, abang abang, makcik makcik, adik adik.. Beli la. Beli la.

=====

Tiba masa untuk berpisah dengan fon kegemaran saya ini. sad-emoticons-small

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila komen pada ruangan di bawah dan saya akan menjawab soalan-soalan anda.

Sedikit teaser, kami akan membuat ulasan tentang iPhone 6s Plus pada minggu hadapan!

Let's Discuss

Like this article? Share it.
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn