Terima kasih kepada En RafiQue kerana sudi menulis dan berkongsi kisah pengalaman beliau menggunakan servis Uber di Clickuz.

Semoga secebis kisah ini dapat memberi gambaran kepada anda bagaimana anda dapat menggunakan servis Uber ini sebagai salah satu alternatif pengangkutan.

=====

uber-malaysia3
Foto: VulcanPost.com

Pengalaman menggunakan servis Uber adalah ibaratkan seperti kawan-kawan yang tolong bawakan kita dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Ada pemandu Uber yang baik akan menelefon anda terlebih dahulu dan bertanyakan lokasi anda, pakai baju warna apa dan kadang-kala akan berborak dengan anda semasa memandu.

Yang bezanya adalah apabila tiba sahaja di destinasi, keluar sahaja daripada kereta…

Anda akan menerima email mengenai bayaran yang sudah dikenakan kepada anda.

Tiada penggunaan tunai di sini, semuanya secara automatik terus ke kad kredit anda.

Terasa ralat pula kerana tidak perlu membayar apa-apa kepada pemandu apabila sampai ke destinasi.

Pada yang kali pertama, akan rasa sedikit kekok namun ia memecah tradisi cara pembayaran yang sedia ada!

uber-malaysia2
Foto oleh Amanz Network | @AmanFirdaus

=====

uber-comment01

uber-comment02

uber-comment03

uber-comment04

uber-comment05

uber-comment06

uber-comment07

uber-comment08

uber-comment09

uber-comment10

uber-comment11

uber-comment12

uber-comment13

Foto oleh Paultan.org

Let's Discuss

Like this article? Share it.
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn