Terima kasih kepada Pn. Rozlyn Farah Diana  kerana sudi menulis dan berkongsi kisah pengalaman beliau bercuti ke Thailand menggunakan kereta sendiri di Clickuz.

Semoga perkongsian itinerari beliau dapat memberi inspirasi kepada anda yang teringin bercuti ke Thailand dengan menggunakan kenderaan sendiri.

=====

Ramai yang bertanya pada saya tentang itinerari saya ke Thailand.

Kali ini agak berlainan sedikit kerana kami ke sana bawa masuk kereta sendiri…hehehe.

Sebenarnya tak lah susah nak menyeberang ke sana dengan kenderaan sendiri.

Destinasi kami kali ni adalah antara tempat yang popular di Thailand iaitu Hatyai-Krabi-Phuket.

Disebabkan ramai yang bertanya dan nak tahu bagaimana prosedur membawa kenderaan persendirian ke sana boleh la tengok itinerari saya ni.

6 Nov 2015 (Hari Pertama)

Saya dan suami memulakan perjalanan kami dari Selangor ke Bukit Kayu Hitam, Kedah iaitu sempadan yang memisahkan Malaysia dan Thailand.

Sampai di sana kami berdua menunggu rakan-rakan konvoi yang lain tiba untuk kami bertolak sama-sama masuk ke sempadan.

Oh ya, jangan lupa isi minyak kereta anda penuh-penuh ya sebelum masuk sebab minyak di sana lebih mahal dari tempat kita.

Bila semua dah cukup korum kami dah bersedia nak masuk ke Thailand (waktu ni dalam pukul 8 malam waktu Malaysia).

Yeayyy! Excited nak pergi jalan-jalan 😀

Anda perlu dokumen-dokumen berikut untuk bawak masuk kereta ke sana:

  1. Geran Asal Kereta (belakang & depan, salinan pun OK)
  2. Passport
  3. Insurans kereta untuk masuk ke Thailand

Mudah je kan dokumen yang kena sediakan :)

Ok sekarang saya nk cerita cara-cara masuk ke sana.

Sebelum terjah ke kaunter imigresen Malaysia pastikan anda telah membeli insurans untuk kereta anda.

WAJIB ada!

Tak perlu risau fikir mana nak beli insurans ni sebabnya apabila anda sampai ke pekan Changlun ada banyak kedai-kedai kecil yang jual insurans ni tau.

Hanya ikut kata hati anda nak beli insurans daripada kedai yang mana satu.

borang-insurans
Insurans kereta wajib ada kalau nak bawa kereta masuk ke Thailand.

Bila dah ada semua dokumen di atas anda boleh lah dengan senang hati memandu ke kaunter Imigresen Malaysia dengan kereta.

Tak perlu turun kereta tau ala-ala macam Drive-Thru kat KFC…Hihi.

Di kaunter ni Imigresen Malaysia akan bagi passport kita then lepas selesai boleh lah terus drive ke kaunter Imigresen Thailand pula.

Di sini bukan Drive-Thru macam tadi tau.

Di sini anda kena park kereta then beratur di kaunter.

Apa borang yang perlu ada dan cara-cara beratur?

  1. Passport.
  2. Borang TM6 Arrival & Departure (boleh dapatkan di kaunter).
  3. 2 set borang TM2 Information Conveyance & TM3 Passenger List (1 set akan di beri kepada pegawai imigresen & 1 set lagi kita akan serahkan bila nak balik Malaysia).
  4. Selesai isi semua borang diperlukan, setiap penumpang kereta dikehendaki beratur bawa passport, borang TM6 & RM1 untuk bayaran di kaunter. Di sini muka anda akan di scan oleh kamera jadi jangan terkejut pulak.
  5. Selesai Step no. 4, pemilik geran kereta kena beratur di kaunter satu lagi dan bawa bersama geran kereta, borang TM2 & insurans kereta. Serahkan kepada pegawai Imigresen borang-borang tersebut. Mereka akan bagi satu borang bertaip dengan details pemilik geran and pemilik kena tandatangan borang ni. AWAS! Jangan sesekali hilangkan borang ni kalau anda nak balik semula ke Malaysia sebab nanti akan diserah kepada mereka semula bila kita nak balik Malaysia.

Selesai semua urusan di kaunter akhirnya kami berjaya bawa masuk kereta kami ke Thailand.

Hoorayyy!

Kami berhenti di 7-Eleven Danok untuk beli simkad pakai buang.

Kami bayar THB100 untuk simkad dan THB200 topup untuk guna plan Internet.

Penting sebenarnya Internet Access ni untuk berhubung dengan rakan-rakan konvoi yang lain dan semestinya untuk guna Waze kalau anda tersesat.

Kemudian kami teruskan perjalanan dari Danok ke Hatyai.

Perjalanan kami memakan masa selama 1 jam.

Sampai di Hatyai kami tak terus check-in hotel lagi tapi kami terus ke Bandar Hatyai untuk makan udang galah.

bandar hatyai
Di Bandar Hatyai.

Kedai udang galah ni betul-betul berhadapan Pink Lady Complex (boleh waze untuk ke sini).

Berbaloi-baloi dengan harganya dan udang di sini memang fresh & besar-besar!

1 pinggan hanya THB300. I likeeee~

udang-galah
Udang galah yang fresh di Hatyai. Boleh waze Pink Lady Complex.

Setelah selesai bagi perut kenyang kami terus ke destinasi hotel kami untuk check-in di Boom Forest Hotel (1 malam harga THB1,000).

Jom berehat untuk aktiviti esok pula.

boom forest hotel
ni la hotel kami kami di Hatyai – Boom Forest Hotel.

7 Nov 2015 (Hari Kedua)

Hari ni kami nak explore Hatyai sebelum bertolak ke Krabi.

Selepas check-out hotel, kami ke bandar untuk breakfast.

Kami ke Restoran Salma.

Jangan risau tentang makanan Halal sebab restoran ni restoran Muslim dan harganya juga berpatutan bagi saya dan yang penting sedap juga masakan di sini.

sarapan-restoran-salma
Breakfast nasi kerabu di Restoran Salma Hatyai.

Selesai makan kami shopping di tepi jalan di sini.

Banyak kedai-kedai yang menjual baju, kekacang dan macam-macam lagi lah.

Kemudian kami ke Magic Eye 3D Museum bersebelahan Greenway Shopping Mall.

Harga tiket bagi dewasa THB400 termasuk pertunjukan magic selama 40 minit.

Musium ni 2 tingkat penuh dengan 3D art.

Kalau sejam tu rasanya memang tak cukup la masa nak spend kat sini.

Overall memang best untuk bergambar kenangan.

magic-eye3d
Hatyai Magic Eye 3D Museum bersebelahan Greenway Shopping Mall.

Kemudian kami ke destinasi yang saya memang tak sabar-sabar nak pergi iaitu ke Klonghae Floating Market.

Apa yang best kat sini?

Bagi saya semestinya makanan yang dijual di atas sampan.

Semua makanan murah dan yang penting memang sedap.

Kat Malaysia memang tak jumpa rasa macam ni.

Macam-macam makanan kami cuba di sini dan jumlah keseluruhan hanya THB200 sahaja untuk 2 orang makan.

Like Like.

Selain makanan, di sini juga ada jual barang-barang cenderamata seperti T-shirt, fridge magnet dan lain-lain.

Bagi Muslim, di sini juga ada disediakan surau kecil untuk anda menunaikan ibadat.

Klonghae-Floating-Market
Klonghae Floating Market Hatyai.
aiskrim-kelapa
Antara makanan yang dibeli di Klonghae Floating Market. Aiskrim kelapa dia memang sedap sangat.

Destinasi kami seterusnya ke Hatyai Ice Dome.

Ice Dome ni terlatak di dalam Hatyai Municipal Park.

Di sini sama macam di I-City Snow Walk di Shah Alam.

Alang-alang dah datang tempat orang ni kami cuba je la masuk sini nk try best ke idok.

Tiket dewasa berharga THB300 dan anda akan diberikan jaket berserta sarung tangan.

Kalau tak bagi benda alah tu memang membeku la kami kat dalam ni.

Dia punya sejuk mak aihhh kalah I-City…Hahaha.

Hatyai-Ice-Dome
Hatyai Ice Dome yang terletak di Hatyai Municipal Park.

Dah puas sejukkan badan kami meneruskan perjalanan ke Krabi.

Jarak perjalanan dar Krabi ke Hatyai memakan masa selama 4 jam.

Waktu ni kami bertolak dalam pukul 8.00 malam dari Hatyai and sampai di Krabi dalam pukul 12.00 tengah malam kemudian terus check-in di Aonang Viva Resort untuk 2 malam (harga hotel untuk 2 malam THB3,900) :D.

Aonang-Viva-Resort-Krabi
Check in di Aonang Viva Resort Krabi.

8 Nov 2015 (Hari Ketiga)

Kami mulakan aktiviti kami pagi ni dengan Island Hopping.

Sebelum tu kami isi perut dulu dengan pulut ayam.

Ce teka harga berapa? THB20 sahaja 😛

pulut-ayam
Pulut ayam THB20 sahaja.

Untuk Island Hopping kami ambil pakej 4 island tour.

Anda boleh pilih nak naik long tail boat atau speed boat.

Kami pilih naik speed boat.

Nak ke jeti tak perlu susah-susah nanti ada driver akan pick-up anda di hotel.

Pick-up service ni dah termasuk dalam pakej tau.

Saya sangat excited nak tengok keindahan Krabi walaupon tak reti berenang, angan-anganku tinggi sungguh nak snorkeling.

Nasib la husband layankan jua kerenahku 😛

jeti-island-hoping
Dekat jeti sebelum aktiviti island hopping.
naik-speedboat
Naik speedboat.

Pakej 4 islands ni merangkumi:

4 islands: Tup & Mor Island, Chicken Island, Poda Island & Railey Cave
Harga: THB1,200 per adult
Pengangkutan: Speed Boat
Lunch: Disediakan berseta minuman (Halal)
Snorkelling: 2 kali termasuk peralatan snorkeling
Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang

4-islands-hopping-package
4 islands hopping package.

Habis aktiviti snorkeling kami balik berehat secukupnya sebab plan nak ke pasar malam di Krabi Town malam ni.

snorkelling
Snorkelling time.

Di pasar malam, pelbagai ragam orang di sana kami boleh lihat.

Makanan Halal?

Jangan risau, tak susah cari peniaga Muslim di sini.

Kalau dah ke Krabi memang tak sah kalau tak cuba pancake diorang yang terkenal tu.

Sekali rasa memang nak tambah lagi. Woihh, bahaya betul…Hahaha.

Macam-macam saya cuba, antaranya Original Flavor, Nutella Flavor & Banana Choc Flavor.

Memang semua sedap-sedap la harga pula tak mahal THB40 – THB60 je.

Like lagi.

Dah habis pusing pasar malam, kami balik ke hotel untuk berehat dan sambung aktiviti esok pula :D.

9 Nov 2015 (Hari Keempat)

Selesai check-out kami breakfast di restoran Halal berdekatan dengan hotel kami tinggal.

Memang tak susah nak cari makanan Halal di sini.

Selepas selesai isi perut, kami teruskan perjalanan ke Phuket.

Perjalanan dari Krabi ke Phuket mengambil masa dalam 2 jam.

Dalam perjalanan kami berhenti di stesen minyak untuk isi minyak kereta.

Memang berbeza harga di sini dengan Malaysia.

Setiap pam petrol tidak semestinya sama harga petrol mereka.

Lain kan dengan sistem di negara kita?

Sebelum masuk Phuket berhenti dulu tepi jalan untuk ambil gambar kenangan di signboard ni.

Takde keje betul kak kiah ni.

Sampai di Phuket kami check-in di Pantai Boutique Beach Resort (harga 2 malam THB3,000) di Patong Beach.

Hotel ini menyediakan breakfast Halal untuk tetamu di sini.

So tak perlu risau nak cari makan di mana.

Patong-Beach-Phuket
My breakfast view – Patong Beach Phuket.

Aktiviti hari ni tak banyak memandang semua dalam keletihan lagi so kami berehat sahaja di hotel and keluar untuk makan malam je.

Untuk dinner, kami makan di kawasan Masjid Nurul Islam Patong Beach.

Kedai makan kami betul-betul berhadapan dengan masjid.

Kalau nak cari makanan Halal, anda memang kena datang ke akawasan masjid ni sebab memang banyak kedai yang Halal.

Dan semestinya masakan Chef Thailand memang tak mengecewakan perut saya.

Kerabu sotong & tomyam dia, Perghhh…memang kaw-kaw bak hang.

Lepas makan, kami ronda-ronda di Bandar Phuket dengan kereta kami dan berhenti untuk melihat kawasan tumpuan utama pelancong asing di Phuket iaitu Bangla Road.

Bila lagi nak tengok tempat orang kan alang-alang dah sampai.

Ada apa di Bangla Road? Anda boleh Google sendiri…Hehehe.

Kemudian, kami balik ke hotel dan Zzzzz…

10 Nov 2015 (Hari Kelima)

Aktiviti hari ni kami ke Phuket Tiger Kingdom.

Alaa yang orang dok ambik gambar lentok dengan cik rimau tu.

Memang tak laa saya nak masuk. Seram plak rasanya.

Tengok dari jauh je laa…Haha.

Disebabkan saya tak masuk ni saya bagi info harga tiket untuk masuk bermanja-manja dengan sang belang ni.

Harga bermula dari THB800 – THB1,000.

Lagi kecik sang belang tu lagi mahal harga tiket. Amacam ada berani tak? :p

Kemdian kami ke Elephant Trekking.

Besar betul gajah kat sini.

Di sini ada Tour Guide yang akan terangkan kepada anda cara-cara nak naik gajah ni.

Kalau anda takut nak naik gajah, anda boleh bagi makan dekat gajah ni atau bergambar dengan diorang.

Harga untuk Eephant Trekking THB800 seorang, harga untuk Elephant Feeding dan kalau nak ambil gambar dengan cik gajah ni hanya THB100 je.

Elephant-Feeding
Elephant feeding.

Aktiviti kami di Phuket kali ni lebih kepada santai-santai je jadi tak banyak sangat ambik gambar.

Betul-betul enjoy dengan pemandangan di sini.

Handphone letak tepi dulu.

Kalau anda nak jalan-jalan di Shopping Mall anda boleh ke Jungceylon Mall terletak di Patong.

Banyak gak barang-barang branded di sini.

Kami juga singgah ke Premium Outlet Phuket tapi agak jauh sikit dengan Jungceylon Mall.

Bagi saya takde la best sangat outlet ni. Best lagi JPO…Hihi.

Tak sah kalau datang Thailand tapi tak try massage di sini kan.

Sepanjang jalan di Bandar Phuket anda boleh nampak kedai-kedai spa yang menawarkan pakej massage ni.

Kena pandai-pandai la survey harga kalau nak yang betul-betul murah.

Hari tu saya ambil pakej body massage THB250 sahaja.

Memang rasa fresh bila dah habis massage.

Hilang penat berjalan…Hihi.

tempat-menarik-phuket
Antara tempat-tempat menarik di Phuket.

11 Nov 2015 (Hari Keenam)

Selepas check-out dan breakfast, kami nak pusing-pusing Pantai Phuket sebelum balik ke Malaysia.

Kalau ke Phuket anda wajib datang ke Karon View Point.

Di sini adan boleh melihat pemandangan Phuket dari tempat tinggi ala-ala macam kat Ampang Point yang boleh tengok pemandangan KL.

Tempat parking memang susah jika datang dengan kereta kecuali anda datang dengan motor memang senang nak parking.

Memang ramai yang datang sini nak tangkap gambar.

Selepas Karon View Point kami singgah di Karon Beach.

Waktu ni pagi lagi so tak ramai lagi omputeh berjemur.

Air pantai di sini tenang dan bersih.

Memang terpukau mata dan rasa tenang je.

Tak nak balik boleh tak? :p

4-islands-hopping-package
Karon Beach Phuket.

Oh ya, sebelum balik, kami singgah sekali lagi di Bandar Hatyai untuk makan-makan di Restoran Salma & shopping lagi untuk beli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan.

Dah habis aktiviti shopping kami bertolak ke Malaysia melalui Danok – Bukit Kayu Hitam.

iklan-neuwhite

Prosedur untuk balik ke Malaysia?

1. Drive ke Imigresen dan park kereta di ruang yang disediakan.
2. Semua penumpang kereta kena turun beratur untuk cop passport, RM1 untuk bayaran dan scan muka anda.
3. Borang TM2 & TM3 berserta dengan borang printed yg anda tak boleh hilangkan tu kena beri kepada pegawai Imigresen dan tandatangan.
4. Selesai di bahagian Imigresen Thailand, terus pandu lalu ke kaunter Imigresen Malaysia dan serahkan passport.

Itu sahaja.

Sekarang anda dah berada di negara Malaysia, tanah air tercinta.

Terima kasih daun keladi yang sudi baca. Harap-harap dapat la Share pengalaman sama-sama :)

Let's Discuss

Like this article? Share it.
Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn